Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) telah ditubuhkan pada 2 Februari 2009
bersempena dengan tarikh berkuatkuasanya Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 [Akta 695].
Fungsi SPK di bawah Seksyen 21 Akta SPK 2009 adalah untuk :-
- Memilih orang berkelayakan yang sesuai yang wajar dilantik sebagai hakim mahkamah atasan untuk pertimbangan Perdana Menteri.
- Menerima permohonan daripada orang berkelayakan bagi pemilihan hakim-hakim ke mahkamah atasan.
- Merumuskan dan melaksanakan mekanisme bagi pemilihan dan pelantikan hakim mahkamah atasan.
- Mengkaji semula dan mengesyorkan program kepada Perdana Menteri bagi memperbaik pentadbiran keadilan.
- Membuat syor lain berkenaan dengan badan kehakiman.
- Melakukan apa-apa benda lain sebagaimana yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya secara berkesan atau yang berkesampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 [Akta 695].
Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
| # | Nama | Jawatan |
|---|---|---|
| 1 | YAA Dato' Abu Bakar bin Jais | Presiden Mahkamah Rayuan, Malaysia |
| 2 | YAA Tan Sri Hasnah binti Dato’ Mohammed Hashim | Hakim Besar Malaya |
| 3 | YAA Datuk Hajjah Azizah binti Haji Nawawi | Hakim Besar Sabah dan Sarawak |
Dilantik Oleh YAB Perdana Menteri
| # | Nama | Jawatan |
|---|---|---|
| 4 | YA Dato' Zabariah binti Mohd Yusof | Hakim Mahkamah Persekutuan |
| 5 | YBhg. Tan Sri Dato' Sri Idrus bin Harun | Mantan Ketua Hakim Negara |
| 6 | YBhg. Tan Sri Datuk Zainun binti Ali | Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan |
| 7 | YBhg. Dato’ Sri Talat Mahmood bin Abdul Rashid | Mantan Peguam Besar Sarawak |
| 8 | YBrs. Profesor Madya Dr. Hartini binti Saripan | Pensyarah, Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara |
Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695) dan Perlembagaan Persekutuan.
Ya. Pegawai Kehakiman dan perundangan boleh memohon jawatan Pesuruhjaya Kehakiman
melalui ejc.jac.gov.my;dan perlu dikemukakan melalui Ketua Jabatan.
Pegawai Perundangan dan kehakiman serta pengamal undang-undang boleh memohon
jawatan Pesuruhjaya Kehakiman secara online di pautan ejc.jac.gov.my.
Permohonan tersebut hendaklah dibuat semula sekiranya tiada jawapan yang diterima
dalam tempoh setahun daripada tarikh permohonan dibuat.