Soalan Lazim

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) telah ditubuhkan pada 2 Februari 2009 bersempena dengan tarikh berkuatkuasanya Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 [Akta 695].

Fungsi SPK di bawah Seksyen 21 Akta SPK 2009 adalah untuk :-

  • Memilih orang berkelayakan yang sesuai yang wajar dilantik sebagai hakim mahkamah atasan untuk pertimbangan Perdana Menteri.
  • Menerima permohonan daripada orang berkelayakan bagi pemilihan hakim-hakim ke mahkamah atasan.
  • Merumuskan dan melaksanakan mekanisme bagi pemilihan dan pelantikan hakim mahkamah atasan.
  • Mengkaji semula dan mengesyorkan program kepada Perdana Menteri bagi memperbaik pentadbiran keadilan.
  • Membuat syor lain berkenaan dengan badan kehakiman.
  • Melakukan apa-apa benda lain sebagaimana yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya secara berkesan atau yang berkesampingan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 [Akta 695].

Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman

# Nama Jawatan
1 YAA Dato' Abu Bakar bin Jais Presiden Mahkamah Rayuan, Malaysia
2 YAA Tan Sri Hasnah binti Dato’ Mohammed Hashim Hakim Besar Malaya
3 YAA Datuk Hajjah Azizah binti Haji Nawawi Hakim Besar Sabah dan Sarawak

Dilantik Oleh YAB Perdana Menteri

# Nama Jawatan
4 YA Dato' Zabariah binti Mohd Yusof Hakim Mahkamah Persekutuan
5 YBhg. Tan Sri Dato' Sri Idrus bin Harun Mantan Ketua Hakim Negara
6 YBhg. Tan Sri Datuk Zainun binti Ali Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan
7 YBhg. Dato’ Sri Talat Mahmood bin Abdul Rashid Mantan Peguam Besar Sarawak
8 YBrs. Profesor Madya Dr. Hartini binti Saripan Pensyarah, Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara
Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695) dan Perlembagaan Persekutuan.
Ya. Pegawai Kehakiman dan perundangan boleh memohon jawatan Pesuruhjaya Kehakiman melalui ejc.jac.gov.my;dan perlu dikemukakan melalui Ketua Jabatan.
Pegawai Perundangan dan kehakiman serta pengamal undang-undang boleh memohon jawatan Pesuruhjaya Kehakiman secara online di pautan ejc.jac.gov.my.
Permohonan tersebut hendaklah dibuat semula sekiranya tiada jawapan yang diterima dalam tempoh setahun daripada tarikh permohonan dibuat.